Pages

08 September 2013

Bisakah mimpi menjadi realiti?

Asal x secomel dalam mimpi?

Hello..hello..Assalamualaikum

Hari ni aku menaip lagi..dan mungkin besok atau lusa aku akan menaip lagi dan lagi..

Bisakah mimpi menjadi realiti?bisa?bukan bisa ular mahupun lipan.kalau kena hak tu konpem pengsan.okay x lucu pun.

Baiklah.tetiba pulak aku mimpi kapel dengan salah seorang pemain bola sepak Korea.wah!syok jek mimpi macam tu kan.rasa seperti di awan-awangan pulak.betoi ke tatabahasa aku tu?apa-apa jer lah.x kena tolak markah pun.

Kan best kalau mimpi boleh jadi realiti.memang kecoh lah kalau aku betoi2 jadi awek pemain bola sepak Korea.memang terbelit2 lah nanti lidah aku nak cakap Korea.tapi yang pelik nya dalam mimpi tu aku x cakap Korea.aku cakap Jepun.pelik betoi.

Itu lah yang dinamakan mimpi.mana ada yang betoi nya.tapi kadang-kadang ada jugak mimpi menjadi realiti mahupun kenyataan.mimpi boleh jadi satu petunjuk apa akan berlaku.kadang-kadang jer lah benda macam tu berlaku.

Agak-agaknya lah kan,kenapa aku mimpi macam tu?adakah kerana bakal suami aku nanti seorang pemain bola sepak?ataupun suami aku secomel pemain bola sepak Korea tu?ataupun apa saja lah kan.

Macam-macam lah mimpi kan.macam-macam benda boleh kita mimpikan.ada yang menyeronokkan dan ada yang menakutkan.mimpi kena kejar hantu pun pernah.haha

Itu saja lah buat hari ini.

Adios..

07 September 2013

Pengalaman sebagai penternak anggur yang baru nak up

Muka penternak anggur p kenduri..(belah kiri hak x berapa nak kiut)

Hello..hello..Assalamualaikum..

Dah nak masuk 2 bulan dah aku bergelar penternak anggur yang baru nak up..banyak cabaran dan dugaan yang perlu seorang penternak anggur yang baru nak up kena hadapi..sangat-sangat mencabar okay..ingat senang ke pakai status penternak anggur yang baru nak up..?banyak susah woo!

Sekarang baru aku tahu macam mana rasanya jadi penternak anggur..macam ni ghopenya perasaan jadi penternak anggur..rasa lemak-lemak manis gitu..hehe

Sepanjang aku bergelar penternak anggur ni haa,aku asyik dok korek lobang kerja jek..mana tahu kot2 ada peluang jadi orang gaji kat rumah PM ke kan?agak-agak gaji mahal x?gila kau gaji x mahal..haruslah mahal kan..orang gaji pun best jugak kan..asalkan gaji masyukkkkkkkk..

Selain tu kan ada lah jugak customer yang dok tanya bila mau nikah,tokey?ada ke patut tanya soalan macam tu..soalan macam tu lebih susah daripada soalan fizik time sekolah menengah okay..ala..rileks lah dulu bab-bab nikah..kita tunggu lah boleh jawatan mana-mana menteri dulu..bila duit dah banyak baru lah kita nikah..aku plan nak sanding dalam flight..baru kelas!hebat x?haruslah hebat..

Baiklah..sepanjang aku jadi penternak anggur ni jugak,tugas aku hanya makan,tidor,termasuklah berak semua lah kan..kadang-kadang ada lah jugak tolong mak aku..macam jemur baju,basuh pinggan..baik jugak aku ni kan..rugi lah kalau siapa yang x jadikan aku bini dia..hehe

Kesimpulannya jadi penternak anggur pun banyak cabaran dan dugaannya..lebih susah daripada nak telan bijik durian..cubalah telan bijik durian tu..nak tengok mampu ke x..jangan salahkan aku pulak kalau berak susah nak kuar tet tet tet..haha

Itu aje lah karya aku pada hari ini..

Semoga ketemu lagi..bubye..!